Skip to Content

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

4.2 / 5
Lawati Laman
AMARAN RISIKO: MODAL ANDA MUNGKIN BERISIKO. 83% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang.

IQ Option (IQ Broker) baru sahaja ditubuhkan, tetapi dalam beberapa tahun beroperasi ia telah berjaya berkembang menjadi salah satu syarikat broker perdagangan dalam talian terbesar di Eropah. Faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan pesat tersebut adalah gabungan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pendekatan demokrasi. IQ Option (IQ Broker) menyediakan perdagangan untuk orang ramai, sementara pada masa yang sama syarikat telah melabur dengan banyak untuk kualiti platform mereka, perkhidmatan bantuan dan sokongan, dan juga menawarkan pelbagai alat perdagangan.

1. IQ Option – broker untuk semua

Salah satu platform perdagangan dalam talian yang paling moden dan selesa, dibangunkan oleh sekumpulan pedagang terkemuka, penganalisis dan pakar teknologi yang membolehkan IQ Options menawarkan peluang perdagangan bertahap tinggi. Platformnya menawarkan perdagangan dalam talian klasik dalam kategori aset yang berlainan (indeks, mata wang, saham) dan juga perdagangan dalam talian turbo yang kini sedang popular (60 saat).

2. Kelebihan dan keburukan

Platform perdagangan yang mudah: ia adalah platform milik syarikat yang membolehkan mereka menyelenggara dan mengemaskininya, menyesuaikannya mengikut keperluan para pedagang.

Deposit minimum yang rendah: seseorang boleh mula berdagang dengan deposit serendah $10 dengan bidaan minimum sebanyak $1.

Akaun demo: syarikat ini menawarkan satu peluang kepada setiap pengguna berdaftar untuk mengembangkan kemahiran berdagang mereka, mencuba strategi dan membiasakan diri dengan platform perdagangan tanpa perlu membayar deposit.

Pertandingan pedagang: dengan bantuan pertandingan yang kerap, syarikat telah berjaya membangunkan komuniti pedagang mereka sendiri, di mana setiap pedagang bermotivasi untuk mengembangkan kemahiran perdagangan mereka dan memenangi sedikit wang. Pertandingan tersebut berlangsung setiap minggu. Terdapat pertandingan percuma dan pertandingan di mana anda perlu membayar yuran penyertaan.

Perpustakaan pendidikan yang relatif kecil: sumber video hanya merangkumi topik yang paling asas, dan tidak mencukupi untuk peniaga yang lebih maju.

3. Syarat-syarat perdagangan

IQ Option menawarkan beberapa syarat-syarat perdagangan yang terbaik berbanding broker perdagangan dalam talian lain di dalam pasaran Eropah. Ambang minimum deposit adalah $10, manakala tawaran minimum boleh serendah $1. Ia juga menawarkan pelbagai cara deposit/pengeluaran wang yang merangkumi pelbagai sistem pembayaran.

Klien ditawarkan dengan dua jenis instrumen perdagangan yang mana boleh dibezakan mengikut tarikh tamat tempohnya. Perdagangan dalam talian klasik mempunyai tarikh tamat yang pelbagai antara 15 hingga 60 minit, manakala perdagangan dalam talian ‘turbo’ berlangsung selama satu dan tiga minit. Opsyen jangka pendek membolehkan anda mempelbagaikan strategi perdagangan dan juga menangkap waktu turun naik yang tinggi, mengaut keuntungan dari turun naik pasaran jangka pendek.

4. Aset pendasar

IQ Option menawarkan pilihan lebih daripada 300 aset, termasuklah pasangan mata wang, indeks saham antarabangsa terbesar, saham syarikat individu dan logam-logam berharga. Pilihan yang luas itu merangkumi kebanyakan kelas aset kewangan dan menyediakan pedagang dengan peluang untuk memilih strategi perdagangan yang memenuhi keutamaan peribadi mereka dengan mengambil kira risiko dan keuntungan. Kami berharap di masa hadapan syarikat akan terus menambah pilihan yang sedia ada, kerana pada masa ini jumlah aset masih lagi sedikit berbanding pilihan yang ditawarkan oleh broker besar perdagangan dalam talian yang lain.

5. Platform perdagangan

Berbaloi untuk dikatakan bahawa tidak seperti kebanyakan syarikat lain, IQ Option melabur dalam platform perdagangan mereka sendiri, yang mana dibangunkan untuk memenuhi keperluan klien syarikat. Platform ini terus mendapat pujian dan menerima banyak anugerah untuk antara mukanya yang begitu mesra pengguna; di antara anugerah tersebut adalah “Broker Perdagangan Dalam Talian Paling Inovatif”, hadiah daripada Show FX World dan “Platform Perdagangan Terbaik” dari Forex Award.

Platform perdagangan IQ Option boleh digunakan di komputer peribadi dan juga peranti mudah alih. Antara mukanya adalah berasaskan graf dinamik yang menunjukkan perkembangan harga aset dalam masa nyata. Salah satu perbezaan utama antara platform IQ Option dan kebanyakan broker perdagangan dalam talian lain adalah set fungsi tambahan seperti zum masuk/keluar pada kawasan carta, melukis garisan, lengkung dan rajah-rajah lain pada graf. Panel tepi di bahagian kiri boleh ditetapkan untuk memaparkan sejarah perdagangan, ‘live leaderboard’, suapan berita ataupun bahan-bahan pendidikan.

6. Berdagang dengan bantuan peranti mudah alih

Aplikasi perdagangan IQ Option untuk tablet dan telefon pintar sudah tentu berbaloi untuk dinyatakan. Ia membolehkan anda berada ‘dalam pasaran’ walaupun ketika anda tidak bekerja. Platform mudah alih ini berfungsi hampir seperti versi penuh, perbezaan hanyalah pada susun atur dan saiz elemen berasingan antara muka. Platform ini disediakan untuk pengguna Android dan iOS dan boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan App Store.

7. Akaun demo

Akaun demo percuma akan tersedia sebaik sahaja anda membuat akaun peribadi, dan ia memberi anda akses kepada kes maya berjumlah $10000. Ia membolehkan anda menjalankan semua jenis perdagangan yang disediakan untuk pengguna dengan akaun sebenar, kecuali pengeluaran dana. Ini membolehkan para pedagang mencuba strategi perdagangan mereka dan membiasakan diri dengan platform tanpa perlu membuat deposit wang. Berbaloi untuk diperhatikan bahawa pada baru-baru ini, syarikat telah memperkenalkan kemungkinan untuk menambah akaun demo, bermaksud jika anda kehabisan semua wang maya, anda dapat menambah lebih banyak duit maya. Dalam sebarang kes, anda dinasihatkan untuk mencuba satu strategi menggunakan jumlah wang yang sedikit ($1-5 setiap dagangan) untuk merasai suasana pasaran secepat yang mungkin.

8. Membuka akaun

Mana-mana akaun demo boleh ditukar menjadi akaun sebenar dengan mudah, hanya dengan mendepositkan sedikit wang. Dalam kes ini, jumlah wang maya dalam akaun anda akan hilang dan baki akan sama dengan jumlah deposit anda. Untuk membuka akaun sebenar, anda perlu klik pada butang hijau di sudut kanan bahagian atas halaman utama broker, atau dengan klik pada kawasan sama di sudut atas kanan antara muka akaun demo perdagangan. Proses ini terdiri daripada dua peringkat – membuat akaun (langkau jika anda telah mempunyai akaun demo) dan depositkan wang. Langkah pertama juga boleh dilakukan menggunakan akaun Facebook, Google+, atau Gmail. Wang boleh didepositkan menggunakan kad bank (Visa, MasterCard) atau menggunakan beberapa sistem pembayaran digital yang paling popular.

9. Akaun VIP

Pedagang-pedagang yang sudah biasa dengan perdagangan dalam talian ditawarkan untuk mendaftar akaun VIP (baca lebih lanjut di laman web IQ Option), yang memberi akses kepada perkhidmatan tambahan seperti akses percuma untuk kemas kini isyarat perdagangan, pengurus peribadi, dan pengeluaran dana yang lebih cepat (dalam masa 24 jam). Akaun VIP disediakan dengan deposit melebihi $3000.

10. Pengeluaran dana

Dana boleh dikeluarkan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan di atas untuk deposit. Untuk memulakan pengeluaran, seseorang perlu memohon dari akaun, memberi maklumat peribadi dan cara pengeluaran yang diinginkan. Permohonan biasanya mengambil masa sehingga tiga hari bekerja untuk diproses; dan pada waktu tersebut syarikat mungkin meminta dokumen tambahan untuk menjamin transaksi. Ini mungkin termasuk sebagai contohnya, imbasan dokumen pengenalan. Status permohonan anda boleh dijejak dalam ruang peribadi akaun anda.

11. Latihan pedagang

IQ Option banyak memfokuskan kepada peningkatan tahap kesedaran kewangan dan kemahiran berdagang di kalangan klien mereka. Sesiapa sahaja boleh menemui banyak bahan pembelajaran interaktif di laman webnya. Selain itu, syarikat mengadakan seminar dalam talian mingguan. Selain daripada itu, kami ingin memaklumkan satu kursus jangka pendek yang bermatlamat untuk membantu seseorang belajar menggunakan platform perdagangan. Ia boleh diakses dari bahagian menu “Untuk pedagang”, bahagian “Tutorial video” di halaman utama broker. Kursus ini terdiri daripada 9 bab, menunjukkan prinsip-prinsip operasi dan elemen sistem perdagangan broker.

12. Patutkah saya berdagang dengan IQ Option?

IQ Option adalah broker ‘universal’ yang menjadikan perdagangan mudah dan boleh diakses oleh. Para pedagang akan menghargai faedah istimewa akaun VIP, dan juga set fungsi untuk membantu menyesuaikan graf serta aplikasi mudah alih yang boleh digunakan. Namun demikian, pilihan aset utama yang sedikit terhad juga mungkin membataskan pilihan strategi perdagangan seseorang. Ambang deposit minimum yang rendah dan adanya akaun demo yang berfungsi sepenuhnya (begitu jarang didapati di kalangan broker perdagangan dalam talian), serta platform mesra pengguna dan fleksibel dengan bahan pembelajaran yang banyak.

AMARAN RISIKO: MODAL ANDA MUNGKIN BERISIKO. 83% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang.

Ulasan tentang IQ Option

Komen tentang IQ Option
( 24 )
Rating pengguna: 3.9 / 5

Komen: 24

  1. avatar
    Wawan
    06/02/2018

    Boleh percaya ke kalau dia minta imbasan dokumen pengenalan kita ?

    • avatar
      hadri
      31/08/2018

      Dah lama trade di iq option? Saya trade lama dah tapi di demo saja…hehe

    • avatar
      hadri
      31/08/2018

      Sori salah reply tuan, saya nak reply yang bawah ni

  2. avatar
    Terry
    24/05/2018

    Ada sesiapa yg berdagang melalui iqoption di Malaysia? Boleh kita bertukar2 pengalaman utk mendapatkan keuntungan yg regular.

  3. avatar
    FIKRIE
    26/07/2018

    ada group iq option x di malaysia.? xberapa paham la. selalu tengok iklan org putih je…

  4. avatar
    Anar
    26/08/2018

    Saya minat untuk mencuba tapi tak ada pengalaman, ada sesiapa yg dah berjaya lakukan percubaan, tolong sharekan pengalama anda tqvm

  5. avatar
    hadri
    31/08/2018

    setakat ni saya praktis demo saja, yang menjadi isu bila daftar acc untuk depo/wdraw guna bank local macam cimb. Banyak kerenah yang kena jawab. Salah satu cara terbaik ialah dengan buka acc neteller dan skrill.

    • avatar
      toman
      01/11/2018

      byk karenah dr bank cimb atau dr iq?

  6. avatar
    JAMAL
    24/09/2018

    Berapa charge yg di kenakan oleh broker setiap kali kita “SELL ataupun PUT” ( harap pada sesiapa yg pernah ada pengalaman boleh bantu soalan2 diatas ) Terima Kasih…

  7. avatar
    Din
    17/06/2019

    Ada tak whatsapp group ke apa?

  8. avatar
    Adis
    19/06/2019

    Terbaik boleh jana duit

    • avatar
      Mie
      07/06/2020

      Blh kongsi tak cara mcm mana tu

  9. avatar
    Yem
    25/06/2019

    Saya ada cara untuk trade iq option.. setakat ni saya guna demo dulu.. mula2 buka akaun asyik loss je.. sekarang ni dah 7 kali trade win berturut..

  10. avatar
    Amir Farid
    28/06/2019

    Nak tanya, hasil income dari trade forex ada kena pantau dengan income tax tak?

  11. avatar
    Bj
    01/07/2019

    Boleh terangkan bilakah waktu withdraw ke bank malaysia

  12. avatar
    Ina
    03/07/2019

    Saya berminat nak mencube…tapi tak Ada pengalaman..Dan tak faham..Ada sesiapa yg boleh terang kan Dan fahamkan saya

  13. avatar
    Din
    23/12/2019

    Sy dah trade IQ OPTION ni.. Alhamdulillah,,stakat ni dpt laa untung sikit2..cume kene jaga money management dan jangan tamak serta ikut strategy SNR..

  14. avatar
    Eda
    11/06/2020

    Iq option ni ada broker ke? Betul ke dia org tlg trade utk kita? Blh bg pencerahan x sesiapa yg pernah join… Tq

    • avatar
      Abdul Jalil
      04/07/2020

      Saya tekan deposit nak cuba bedagang,tapi x lulus2 knapa ye,saya bg no id dan paswod,ada x cara lain yg mudah utk deposit

  15. avatar
    Isa
    17/06/2020

    Tak paham la cara nye.. Ade yg boleh terangkn dgn detail tak..

    5/5

    • avatar
      Toklang
      19/06/2020

      Tak fahamlah caranya, boleh ajarkn x

  16. avatar
    Hamba Allah
    22/06/2020

    Adakah broker iq option investments corporation @ option R Trading itu wujud?

    5/5

  17. avatar
    tata
    25/06/2020

    untuk proses pengluaran keuntungan adakah memlalui bank nagara?

    5/5

  18. avatar
    Naim
    28/07/2020

    1. Saya nak tanya, betul ke nak keluarkan duit dariacc invesment kena bayar RM3000 untuk kali pertama?

    2. Betul ke cukai kerajaan 20% kena bayar dari hasil dagangan yg kita dpt?

    5/5

Tinggalkan komen

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

Lawati Laman