Skip to Content

eToro – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang 2024

3.9 / 5

Awalnya ditubuhkan sebagai RetailFX pada tahun 2006, eToro merupakan platform perdagangan sosial yang terkemuka di dunia. Firma broker ini mula memperkenalkan konsep perdagangan sosial dalam industri perdagangan forex semerta dalam talian dan sejak itu, ia telah merevolusikan cara perdagangan dalam talian dilaksanakan pada hari ini. Konsep perdagangan sosial bergantung kepada kebijakan kolektif orang ramai untuk membantu pedagang merumuskan keputusan perdagangan. Melalui platform perdagangan sosial eToro, pedagang boleh berhubung antara satu sama lain dan menggunakan gabungan pengalaman mereka untuk mencuba dan memperoleh hasil perdagangan yang lebih baik.

Maklumat Umum

eToro ialah satu platform perdagangan sosial dalam talian yang telah diasaskan oleh dua adik-beradik, Ronen dan Yoni Assia bersama-sama dengan rakan niaga mereka, David Ring pada tahun 2006 sebagai RetailFX. Pada hari ini, eToro beroperasi di bawah beberapa buah anak syarikat di seluruh dunia. Ibu pejabatnya berpusat di Cyprus dan beralamat di Tingkat 7, Kanika International Business Center (KIBC), 4 Profiti Ilia Street, Germasogeia, Limassol. Pejabat R&D broker ini terletak di Tel Aviv, Israel. Ia juga telah menubuhkan satu pejabat di United Kingdom di Tingkat 42, One Canada Square, Canary Wharf, London.

Di Cyprus, eToro berada di bawah bidang kuasa Cyprus Securities Exchange Commission (CySEC) dan beroperasi dengan lesen CIF #109/10. Walau bagaimanapun, operasinya di London di kawal selia oleh UK’s Financial Conduct Authority (FCA) dengan lesen FRN 583263. Selain daripada operasinya di Cyprus dan UK, eToro juga mengekalkan kewujudannya di Australia melalui perkongsiannya dengan IC Markets. Pada hari ini, eToro dilaporkan berkhidmat kepada lebih daripada 3 juta pedagang di seluruh dunia.

Kelebihan dan kekurangan

Syarat Deposit Minimum yang Rendah: Ia hanya memerlukan deposit minimum pertama sebanyak $200 untuk membuka akaun perdagangan langsung dengan eToro.

Pelbagai Jenis Aset Perdagangan: Pada masa ini, eToro mempunyai lebih daripada 200 jenis instrumen berbeza untuk didagangkan, memastikan bahawa tiada sesiapa yang akan kehabisan instrumen untuk didagangkan.

Peraturan yang Dikawal Selia: eToro dikawal selia oleh CySEC, FCA, ASIC, Gibraltar dan AS – broker ini telah menunjukkan yang ia boleh mematuhi peraturan.

Spread Tinggi: Spread yang ditawarkan oleh eToro adalah lebih tinggi berbanding spread yang ditawarkan oleh broker lain dalam industri ini

Pilihan Akaun Perdagangan yang Kurang: Tiada pilihan akaun perdagangan untuk menyesuaikan pedagang yang mempunyai tahap pengalaman perdagangan yang berbeza.

Syarat perdagangan

Apabila berdagang pasangan mata wang atau CFD, satu faktor yang memainkan peranan besar dalam menentukan keberuntungan pedagang ialah kos perdagangan. Di eToro, komisen tidak dikenakan. Sebaliknya, pedagang dikehendaki untuk membayar spread kecil pada harga BIDA dan TAWAR. Spread apung biasa untuk EUR/USD ialah 3 pip, manakala spread purata yang dibayar pedagang untuk pasangan mata wang USD/JPY ialah 2 pip. Meskipun spread ini lebih tinggi berbanding nilai purata dalam industri, spread-spread ini akan menjadi rendah setelah pedagang menjadi “Popular Investor (Pelabur Popular)” berjaya yang mempunyai ramai pengikut. Dalam sesetengah kes, pedagang yang paling berjaya boleh berdagang tanpa perlu membayar sebarang spread.

Aset Pendasar

Pilihan aset pendasar ketika eToro pertama kali memperkenalkan platform perdagangan Openbook miliknya pada tahun 2010 adalah agak terhad. Walaupun demikian, dalam masa beberapa tahun yang singkat, eToro telah menambah banyak bilangan aset yang ditawarkannya. Pada tahun 2013, CFD saham telah diperkenalkan dengan indeks aset 110 saham. Pada Januari 2014, CFD Bitcoin telah dimasukkan dalam senarai. Kemudian pada April 2014, eToro telah mengembangkan indeks asetnya untuk memasukkan tambahan 130 saham British dan Jerman. Indeks pasaran FTSE 100 dan DAX30 juga disertakan dalam tambahan tersebut.

Platform Perdagangan

Apabila eToro bermula, platform perdagangannya terdiri daripada dua komponen utama, platform sosial WebTrader dan OpenBook. Pada hari ini, ciri kedua-dua komponen ini telah disepadukan dalam satu platform perdagangan yang dipanggil eToro CopyTrader. Dengan CopyTrader, pedagang boleh berdagang sendiri sebagai pelabur bebas di bawah mod “Trade Markets” pada platform perdagangan.

Untuk melibatkan diri dalam perdagangan sosial, klik sahaja “Copy People” untuk melihat semua pelabur terkemuka dan profil mereka. Skrin perdagangan utama akan bertukar untuk menunjukkan semua pelabur terkemuka dan kadar kejayaan mereka. Untuk mengikuti mereka, klik sahaja pada nama profil dan klik “Copy”.

Selain daripada menjadi pedagang, eToro juga membolehkan anda menjana hasil tambahan dengan menjadi salah seorang “Pelabur Popular”. Di bawah program ini, pedagang hanya perlu membenarkan pedagang lain melihat perdagangan yang telah dibuat olehnya. Setelah anda mencapai jumlah minimum orang yang menyalin, anda akan diberi ganjaran dalam bentuk tunai dan rebat spread. Ambil perhatian bahawa untuk menjadi Pelabur Popular, pedagang mestilah membuat deposit minimum sebanyak $1000 dalam akaun perdagangannya dan mesti mempunyai pedagang yang telah menyalinnya sekurang-kurangnya 2 bulan dengan ekuiti minimum bernilai $500.

Pada penghujung tahun 2016, eToro telah memperkenalkan produk kewangan baharu yang dipanggil “CopyPorfolio”. Dengan CopyPorfolio, eToro telah membawa perdagangan sosial ke tahap baharu. Tanpa perlu mencari profil individu dengan teliti untuk memilih “pelabur” dan strategi perdagangan pilihan, CopyPorfolio membolehkan pedagang meringkaskan seluruh proses tersebut dengan membenarkan mereka memilih pelbagai portfolio yang disusun. Portofolio pra-pakej ini didatangkan dalam 2 jenis utama, Top Trader CopyPorfolios dan Market CopyPorfolios. Pada dasarnya, portfolio terdiri daripada kumpulan pilihan pedagang atau strategi pelaburan terkemuka.

Perdagangan Mudah Alih

Bagi pedagang yang suka berdagang pada bila-bila masa, eToro juga telah menyediakan aplikasi perdagangan mudah alih yang serasi dengan peranti iOS dan Android. Buat masa ini, aplikasi mudah alih tidak menawarkan semua ciri CopyTrader, tetapi pedagang masih boleh berdagang secara bebas atau menyalin perdagangan.

Akaun Demo

Akaun demo disediakan oleh eToro untuk bakal-bakal klien mencuba platform perdagangan. Untuk mendapat akses ke kemudahan akaun demo, hanya daftar dengan eToro dan log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda. eToro telah memudahkan bakal klien untuk beralih ke akaun perdagangan sebenar dengan beralih daripada mod akaun “Maya” ke mod akaun “Sebenar” dengan satu klik sahaja.

Jenis Akaun

Untuk memudahkan semua, eToro hanya menyediakan satu jenis standard akaun perdagangan. Untuk membuka akaun perdagangan langsung, pedagang dikehendaki untuk membuat deposit awal minimum sebanyak $200. Jika pedagang berhasrat untuk menyertai program “Pelabur Popular”, mereka perlu membuat deposit minimum sebanyak $1000 sebelum layak untuk menyertai program.

Membuka Akaun

Untuk membuka akaun perdagangan di eToro, hanya isi borang pendaftaran dan hantar ke eToro. Proses membuka akaun ini sama seperti akaun demo. Jika pedagang sudah berdaftar dengan eToro, mereka boleh beralih dengan mudah ke akaun perdagangan langsung dengan mengklik tab “Real” yang terletak pada panel menu di sebelah kiri skrin perdagangan.

Pengeluaran Dana

Untuk menyokong asas klien antarabangsa mereka, eToro telah menyediakan sokongan untuk pelbagai kaedah pembayaran yang boleh digunakan untuk membuat deposit dan mengeluarkan dana. Kaedah-kaedah ini merangkumi:

  • Kad Kredit (VISA, MasterCard, Diners)
  • eDompet (PayPal, Skrill, Neteller, China UnionPay, WebMoney, Yandex)
  • Pindahan Kawat Bank

 

Untuk memulakan pengeluaran, klik sahaja tab “Withdrawal” di sebelah bawah panel menu yang terletak di sebelah kiri skrin perdagangan. Dana yang dikeluarkan akan disalurkan terlebih dahulu melalui kad kredit, Paypal atau pindahan kawat bank. Masa biasa untuk permohonan pengeluaran diselesaikan adalah sekitar 5 hari bekerja. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan yang pengeluaran akan mengambil masa yang lama disebabkan keperluan-keperluan pemproses pembayaran pihak ketiga.

Latihan Pedagang

Sama seperti kebanyakan broker, eToro juga menawarkan pusat pendidikan kepada pedagang-pedagangnya di mana mereka boleh mengakses pelbagai sumber pendidikan untuk mengasah kemahiran perdagangan mereka. Sumber-sumber ini termasuklah video latihan, kursus perdagangan dan webinar. Tajuk yang diliputi adalah daripada asas perdagangan sehingga cara untuk menavigasi pelbagai ciri platform perdagangan eToro. Webinar dan kursus perdagangan itu semuanya dijalankan oleh pakar perdagangan eToro dan membolehkan pedagang baharu belajar mengikut langkah mereka sendiri. Sebagai tambahan kepada sumber-sumber dalam pusat pendidikan, eToro juga menyediakan pedagangnya dengan blog yang menawarkan tip-tip dan berita terkini mengenai pasaran kewangan.

Perlukah Saya Berdagang dengan eToro?

Sejak perdagangan sosial diperkenalkan oleh eToro, ia telah menjadi sangat popular di kalangan ramai pedagang baharu. Ini kerana platform perdagangan sosial membolehkan pedagang baharu melihat pengalaman dan kebijakan pedagang lebih berpengalaman dalam cara yang mudah tetapi masih telus. Jadi, sekiranya anda merupakan pedagang baharu dengan pengetahuan yang sedikit tentang pasaran kewangan, maka eToro pastinya sangat sesuai untuk anda.

Ulasan tentang eToro

Komen tentang eToro
( 0 )
Rating pengguna: 4.7 / 5

Tinggalkan komen

eToro – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang 2024

Lawati Laman